Amalan Pembelajaran Berterusan Melalui Kolaboratif Pintar Pemimpin Pendidikan
Budaya Komuniti Pembelajaran Profesional di Sekolah
Perubahan pesat dalam ekosistem pendidikan masa kini menuntut guru dan pemimpin sekolah untuk terus belajar, menyesuaikan diri dan memperkasa amalan pengajaran agar sejajar dengan keperluan murid yang semakin kompleks. KPP, sebagaimana dihuraikan oleh para sarjana seperti Hord, DuFour, Bolam dan lain-lain, menjadi wahana penting yang dapat membina kapasiti guru melalui kolaborasi, refleksi, dialog profesional, amalan terbuka dan akauntabiliti kolektif. Melalui budaya ini, guru bukan sahaja berkongsi pengetahuan dan strategi, malah turut mengembangkan kemahiran baharu melalui proses inkuiri berterusan, penyelesaian masalah secara kolaboratif dan penerapan inovasi dalam bilik darjah. Buku ini membahas pelbagai perspektif, model, pendekatan serta penjelasan berkaitan KPP di peringkat tempatan dan antarabangsa. Huraian turut merangkumi cabaran sebenar pelaksanaannya di sekolah antaranya kekangan masa, budaya bekerja secara isolasi, hubungan profesional yang longgar serta kekangan struktur organisasi di samping cadangan penyelesaian melalui amalan kepimpinan instruksional, sokongan pentadbir, strategi kolaboratif, penggunaan data dan penyediaan ruang pembelajaran profesional yang konsisten.
| Penyusun | Zuraidah Abdullah |
|---|---|
| ISBN | - |
| Penerbit | PT Literasi Nusantara Abadi Grup |
| Halaman | viii + 168 |
| Harga | Rp 126.000 |